Thursday, May 16, 2013

Sipnosis Kemilau Sinar Kasihmu

Nur Qalesya seorang gadis yang dibesarkan oleh ayahnya sejak kematian ibunya. Keadaan hidup yang daif telah membawa kakinya melangkah ke bandaraya Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan demi untuk membantu ayahnya yang sudah tua. Rakan baiknya Farah yang kebetulan sudah lama bekerja di Kuala Lumpur telah membantu Qalesya mendapatkan kerja sebagai tukang cuci dan pembancuh air di Syarikat Mawar Maju Bina Holding.

Pertemuan dengan Pengarah Urusan Muda Megat Danish telah banyak menimbulkan masalah dalam hidup Qalesya. Lelaki itu sering saja mencari silapnya. Sejak hari pertama bekerja di situ, Megat Danish memang sudah tidak menyukai Qalesya. Dek kerana kegagalan cinta lalu telah merubah hidup Megat Danish 360 darjah. Di tambah pula penampilan diri Qalesya yang kekampungan dan nampak selekeh di matanya mengundang rasa jelek di hati. Bagi Megat Danish, walaupun bertugas sebagai tukang cuci dan pembancuh air, dia mahu kakitangan Syarikat Mawar Maju Bina Holding sentiasa menjaga penampilan diri demi imej syarikat tersebut. Semua kakitangan di bawah nya wajib memanggilnya, Tuan Megat!

Pandangan pertama Syed Aiman terhadap Qalesya telah melahirkan debaran di hati jejaka itu. Syed Aiman yang baru pulang dari Switzerland telah dilantik sebagai Pengarah Pemasaran di Syarikat Mawar Maju Bina Holding. Pertemuan Qalesya dengan Datin Sri Mawar telah menambat hati wanita tersebut untuk menjadikannya menantu. Akan bersetujukah Megat Danish dengan usul mamanya nanti? Bagaimana pula dengan Syed Aiman yang memang sudah menaruh hati pada Qalesya?

Sayang, walaupun hidupku dikelilingi kegelapan, tetapi kemilau sinar kasihmu telah memberi seribu cahaya dalam hatiku...

No comments:

Post a Comment