Friday, May 17, 2013

Bab 2: Kemilau Sinar Kasihmu





Qalesya menyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya ligat mengelap cermin tingkap bilik Tuan Megat Danish. Sambil itu dia melontarkan pandangan ke luar tingkap. Alamak! Gayatnya. Tak sanggup aku nak tengok ke bawah. Matanya dipejamkan. Gerun bila melihat ke bawah. Tinggi betul bangunan ni. Rungutnya lagi. Dia menoleh ke arah meja kerja yang telah kemas tersusun. Dia tersenyum. Puas hati dengan kerjanya. Tadi dah serupa tongkang pecah saja keadaan meja itu. Kertas-kertas bertaburan macam ditiup angin puting beliung saja rupanya. Tidak tahan mata melihat dia terus mengemas meja itu. Harap tuan Megat suka. Katanya sendiri.

Setelah berpuas hati dengan kerjanya, Qalesya segera melangkah keluar. Sekilas dia menoleh ke arah jam dinding mewah yang tergantung di dinding dalam bilik itu. Dah pukul 10 pagi. Apesal tuan muda ni tak datang kerja lagi ke. Sedari tadi dia belum lagi ternampak kelibat orang yang menghuni bilik itu. Bos besar kan, ape nak heran. Qalesya sekadar menjongketkan bahu dan terus keluar. Pintu bilik itu ditutup rapat.


 “Selamat pagi Tuan Megat.” Ucap salah seorang pekerja di situ apabila terpandangkan bos mereka melangkah masuk.
Kelat dan masam saja muka itu. Taufan apa lagi yang akan menyerang lepas ni. Sapaan dari pekerjanya langsung tidak diendahkan. Menonong saja langkah Megat Danish menuju ke arah biliknya.

Tombol pintu bilik dipulas kasar. Briefcase terus dicampak di atas kerusi. Seketika matanya melihat ke arah meja kerjanya.
“What the hell?!!!!” jeritnya lantang. Pantas dia mengatur langkah ke muka pintu. Pintu dibuka kasar.
“Heiii!! Siapa yang berani usik meja aku hah?” pekiknya kuat. Rasa marah sudah menguasai diri.
Semua yang ada di situ kecut perut. Diam tidak berkutik. Farah sudah resah sendiri. Bimbang jika Qalesya akan menjadi mangsa amukan lelaki sombong itu nanti.

Qalesya yang berada tidak jauh dari situ terdengar jeritan yang agak kuat. Bunyi seperti orang marah aje. Gerutu hatinya.
Kelihatan Farah berlari cemas ke arahnya. Naik hairan Qalesya melihat kelakuan Farah yang seperti dikejar hantu saja lagaknya.
“Mati la kali ni Esya. Aduh! Macam mana ni.” Farah kelihatan resah.
“Kenapa dengan kau ni Farah. Nampak susah hati ni, kenapa?” Soal Qalesya ingin tahu. Adakah Farah kena marah dengan Tuan Megat tu?

**********

“Tuan Megat mengamuk la Esya. Meja kerjanya di usik. Dia paling tak suka. Aku lupa pulak nak pesan kat kau. Dia panggil kau.” Luah Farah lagi. Bimbang dan resah ketika ini.
“Alamak! Macam mana ni Farah? Habis la aku. Baru hari pertama kerja, dah jadi macam ni.” Sayu pula suara Qalesya. Kecut benar rasa perutnya.

“Hei, mana cleaner tu hah??” Kedengaran suara Megat Danish menengking lagi.

Terkocoh-kocoh Qalesya berlari menuju ke arah bilik Megat Danish. Sebaik saja menghampiri lelaki itu, dia terpana! Ya Allah, kacaknya dia. Seiras wajah orang Korea. Pujinya dalam hati. Sangat segak orangnya. Memang padan sekali dengan namanya. Tidak berkelip mata Qalesya memandang lelaki dihadapannya itu. Sampai dia lupa wajah tampan itu sudah menjadi bengis bagai hendak menelannya hidup-hidup sekarang ini.

“Apa kau tengok-tengok hah? Sapa bagi kau kebenaran kemas meja aku?” tengking Megat Danish. Geram.
Qalesya tersentak. Hampir meloncat keluar jantungnya dek terkejut dengan jerkahan itu. Bingit telinganya. Kusss semengat. Dia mengurut dada.
Megat Danish memerhati sekilas gadis yang berdiri yang dihadapannya. Dengan pakaian yang sudah lusuh, kasut yang sudah buruk, tudung lusuh, dia berasa jelek. Perempuan kolot mana yang datang mintak kerja kat sini. Tak pernah pulak aku tengok muka dia sebelum ni.

“Err….ma..maaf en..encik Megat. Sa..saya tak..tak tahu meja kerja en..encik tak boleh di usik.” Tergagap-gagap Qalesya menjawab. Kepalanya tertunduk saja. Menahan debaran di dada.
“Apa encik? Kau ingat kau tu sapa hah? Perempuan kampung mana entah kau ni. Kau panggil aku Tuan Megat. Berani kau ya usik barang-barang atas meja aku. Kau nak aku buang kau kerja sekarang jugak ke?” soal Megat Danish angkuh. Semakin jelek melihat gadis itu. Bibirnya dicebikkan.

Qalesya sudah rasa seperti hendak menangis. Tidak pernah dia ditengking sebegitu rupa. Ayahnya tidak pernah menengkingnya walau nakal macam mana pun perangai dia masa kecil. Lelaki dihadapannya ini bukan saja menengking, malah turut menghina dirinya. Besar sangat ke kesalahan dia?

“To..tolong Tuan Megat, saya merayu, to..tolong bagi sa..saya peluang untuk terus kerja kat sini. Saya baru lagi masuk kerja Tuan.” Merayu-rayu Qalesya agar dia tidak dibuang kerja.
“Saya berjanji tidak akan akan usik barang Tuan Megat lagi.”
“Kau ingat aku suka dengan orang baru yang menjengkelkan macam kau ni hah? Baru masuk kerja dah pandai-pandai usik meja aku. Takde sesiapa boleh usik meja aku tanpa arahan aku. Kau faham?” Jari telunjuknya lurus tepat dihalakan ke muka Qalesya. Merah padam sudah mukanya ketika itu menahan rasa marah.

Qalesya tertunduk. Malu benar rasanya ditengking dan dimarahi di depan semua pekerja dalam pejabat itu. Farah sudah tidak sanggup lagi melihat Qalesya kena marah. Segera dia beredar dengan perlahan menuju ke bilik Dato’ Rashid. Dia harus segera memaklumkan kepada Dato’ sebelum Qalesya jadi lebih teruk kena marah dengan Megat gila tu.

**********

“What’s going on here Danish?” Soal Dato’ Megat Rashid sebaik saja sampai di hadapan bilik anaknya. Dari jauh dia sudah melihat Danish menengking pekerja baru itu. Kepala digeleng perlahan. Sikap si anak tidak pernah berubah. Terlalu riak dengan apa yang dimiliki sehingga suka menghina dan memandang rendah dengan orang lain.

“Papa ke yang ambil budak selekeh ni kerja kat sini?” Soalnya angkuh.
“Danish, behave youself. She’s have a name.” Bidas Dato’ Rashid membela Qalesya. Dia harus berlaku adil dengan kakitangan bawahan nya.
“What? Papa sebelahkan budak cleaner ni ke?” Soal Danish tidak puas hati. Pandangan tajam dihadiahkan kepada Qalesya. Semakin sakit hatinya ketika ini.
“No, papa bukan nak sebelah kan sesiapa. Tapi cara Danish nak menegur staff tak betul. Tak perlu nak menengking.” Dato’ Rashid berhujah lagi.
“Huh! Sorry la kalau dengan budak cleaner ni pa.”
“Danish!” Bertambah geram jadinya Dato’ Rashid dengan perangai keras kepala Danish.

“Whatever it is, Danish nak dia ni dibuang kerja serta merta. Danish tak boleh terima orang macam ni bekerja kat syarikat kita pa. Takde imej langsung.” Kutuknya lagi.
Qalesya sudah tersedu-sedu menahan tangis.
“Danish takde hak nak memberhentikan dia. Papa yang hired dia. Papa yang bayar gaji dia. Not you.” Dato’ Rashid membidas lagi.
“Huh!” Danish merengus. Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat sehingga berdentum bunyinya.

“Semua pergi sambung buat kerja. And you little young lady, jangan ambil hati dengan sikap Danish. Kamu pergi buat kerja sekarang.” Arah Dato’ Rashid tegas. Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Qalesya terkulat-kulat di situ.
“Terima kasih Dato’.” Bisik hatinya perlahan.

“Tak guna! Semua perempuan sama saja!” Danish menyumpah. Habis semua barang-barang di atas meja di balingnya. Dek kerana rasa geram dengan perempuan cleaner yang jelek itu. Sakit hatinya tidak terkata. Papa sebelahkan dia? Sanggup marah aku depan semua staff gara-gara perempuan jelek tu? Memang nak cari nahas budak ni dengan aku agaknya. Danish mengepal penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak. Suhu kemarahan dalam badan tunggu masa nak meletup saja macam bom atom.

**********

Qalesya menangis tersedu-sedu di dalam bilik rehat itu. Sayu rasa hatinya. Baru hari pertama bekerja sudah ditengking sebegitu rupa. Tak boleh ke cakap elok-elok? Buat orang macam binatang saja lagaknya. Kutuknya di dalam hati. Memang padan la dengan gelaran tuan singa. Harap muka aje kacak, tapi baran, tak tau adab, buat apa?

“Esya, kau okey?” Soal Farah yang baru muncul. Risau hatinya bila mengenangkan Qalesya.
Qalesya mengesat airmatanya dengan hujung hari.
“Eh, aku okey..okey. Kau jangan risau eh.” Dia cuba tersenyum. Tidak mahu terus membuat Farah bimbang.
Farah menggosok perlahan bahu Qalesya persis memujuk. “Kau sabar la ye Esya. Perangai dia memang macam tu. Baran tak kena tempat.”
Qalesya mengangguk faham. “Eh, aku seorang aje ke cleaner dan tea lady kat sini Farah?” Soalnya hairan bila tiada langsung melihat orang lain yang bertugas sepertinya.
“Oh, lupa pulak aku nak cakap. Ada seorang, mak Mah namanya. Kebetulan hari ni dia cuti. Esok dia ada masuk kerja. Tapi Mak Mah bertugas di pejabat bahagian pentadbiran Dato’. Terang Farah lagi.
Hati yang tadinya lega bila mendengar ada jugak rakan setugas yang akan bersamanya, kembali menjadi tidak menentu. Yelah, dengar Mak Mah bertugas dengan Dato’, bermakna tetap dia jugak la yang kena berhadapan dengan tuan garang tu nanti. Terus mati senyuman yang baru hendak terukir tadi.

“Balik petang nanti kau tunggu aku dekat lobi bawah eh Esya.” Farah mengingatkan Qalesya agar menunggunya selepas habis waktu pejabat petang nanti.
Qalesya mengangguk. Dia bangkit untuk menyambung tugasnya yang lain. Sudah jam 10.30 pagi. Dia perlu membancuh minuman untuk semua kakitangan termasuk tuan singa itu sekali.

Megat Danish mengurut-urut keningnya bagi menghilangkan rasa sakit kepala yang menyerang. Tekanan dengan kerja yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini membuatkan emosinya jadi tidak menentu. Matanya dipejamkan seketika. Sekilas terbayang wajah manis seseorang yang pernah bertahta di hatinya satu masa dahulu. Seseorang yang telah tega pergi meninggalkannya pada saat hari bahagia hari pernikahan mereka.

**********

2 tahun yang lalu…

Suasana di sekitar banglo mewah 2 tingkat itu sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga para tetamu yang diundang. Majlis pernikahan yang akan berlangsung sebentar nanti benar-benar mendebarkan hatinya. Sekilas wajahnya yang telah disolek rapi dan didandan indah diperhati di sebalik cermin meja solek. Langsung tiada senyuman ceria di wajah itu. Tidak seperti pengantin lain yang pastinya rasa bahagia menunggu saat untuk dinikahkan.

Wajah Puan Sri Habibah terjengol di muka pintu biliknya. Anak gadis yang cantik itu dipandang penuh rasa kasih. Lantas dia menghampiri anaknya yang duduk sopan di atas katil pengantin yang telah dihias indah.

 “Cantiknya anak mama hari ni. Macam puteri raja. Dah sedia nak jadi isteri orang, sayang?” Lantas tangannya mengusap lembut lengan anaknya. Tengku Zalika melentokkan kepalanya ke bahu ibunya. Dia mengukirkan senyuman nipis seraya mengangguk. Hatinya sangat keliru saat ini. Air hangat sudah mula hendak bergenang di kolam matanya. Berkaca-kaca.
“Eh anak mama ni, kenapa sedih-sedih ni. Nanti tak cantik lagi muka tu.” Usik Puan Sri Habibah. Hatinya juga merasa tidak enak. Entah kenapa. Sejak semalam lagi sikap Zalika sangat berlainan pada pandangan matanya. Tapi dia tidak mahu terlalu memikirkan.
“Dah, jangan nangis-nangis. Nanti Danish tengok muka sembab, apa pulak kata dia nanti. Kejap lagi pengantin lelaki nak sampai tu.” Pujuk Puan Sri Habibah lagi.
Tengku Zalika mengesat air mata yang hampir hendak jatuh di tubir matanya.

Tengku Zalika semakin resah. Jiwanya buntu. Dia benar-benar tidak dapat meneruskan pernikahan ini. Ya, memang benar dia sayangkan Megat Danish. Tetapi itu dulu. Sekarang hatinya telah dimiliki oleh orang lain. Entah kenapa rapuh benar hatinya dengan mudah menyambut huluran cinta Shamrin. Lelaki itu terlalu menyayanginya. Kesibukan Megat Danish yang jauh di kota London semasa menyambung pengajian telah menjadikannya seorang kekasih yang tidak setia. Hatinya serba salah bila Megat Danish tetap setia kepadanya sehingga melamarnya untuk dijadikan permaisuri hati setelah lelaki itu tamat pengajiannya.

Dia tidak pernah memberi kata putus tentang persetujuan dengan pernikahan ini. Semua ini adalah rancangan kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Megat Danish. Tanpa pengetahuannya semuanya telah diatur dengan rapi. Tengku Zalika tidak betah lagi untuk meneruskan semua ini. Dia tidak mahu melukai hati Megat Danish di kemudian hari. Dia harus bertindak sekarang sebelum terlambat.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi riuh rendah dari ruang tamu tingkat bawah.
“Ika, pengantin lelaki dah sampai.” Siti, sepupunya yang terjengol di muka pintu memberitahu. Siti terkejut. Rasa hairan menerpa diri. Kenapa Tengku Zalika tidak berada dalam kamarnya? Mungkin ke tandas agaknya. Siti membuat andaian. Setelah 15 minit menunggu, tidak juga kelibat Tengku Zalika muncul. Dia mula berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah tingkap belakang bilik itu yang terbuka luas. Siti menghampiri. Dia menjengok dan alangkah terkejut nya hati bila melihat ada lilitan kain panjang yang diikat kemas dari tingkap menurun ke bawah. Ya Allah! Zalika! Siti sudah tidak keruan. Pantas dia berlari ke luar dan menuruni anak tangga dengan hati yang berdebar.

**********

Matanya melilau mencari kelibat Puan Sri Habibah. Ketiadaan Tengku Zalika membuatkannya panik seketika. Puan Sri Habibah yang sedang duduk bersimpuh bersama tetamu yang hadir segera dihampiri. Siti berbisik ke telinga Puan Sri Habibah. Dan ternyata Puan Sri Habibah terkejut mendengar berita yang disampaikan Siti kepadanya. Bulat matanya. Segera langkah kaki dihayun berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik Zalika.

Tan Sri Tengku Zulkifli yang nyata hairan melihat kelakuan isterinya segera menuruti. Bimbang jika ada benda tak elok berlaku. Tiba dihadapan bilik Zalika, kedengaran tangisan kuat suara isterinya. Bergegas Tengku Zulkifli masuk lalu menerpa ke arah isterinya. Megat Danish yang mengekori Tengk Zulkifli juga kehairanan. Melilau matanya melihat ke dalam kamar itu. Di mana Zalika?

“Bang, saya malu bang. Kenapa Ika buat kita macam ni bang?” soalnya bertalu-talu bersama tangisan yang kuat. Sedih mengenangkan sikap si anak. Puan Sri Habibah sudah terduduk di tepi meja solek. Tengku Zulkifli memeluk erat isterinya. Matanya tertancap pada sekeping kertas yang dipegang oleh isterinya. Lantas kertas itu diambil dan segera dibaca. Terkejut bukan kepalang Tengku Zulkifli saat membaca surat itu. Dada yang terasa sesak segera diurut perlahan. Puan Sri Habibah yang melihat suaminya sudah kelihatan pucat segera mengusap dada suaminya.

Megat Danish tidak betah berdiam diri. Hatinya berdebar. Surat yang berada dalam genggaman Tengku Zulkifli diambilnya. Cukup terhiris hatinya tatkala membaca isi surat itu.

Kehadapan mama dan papa..

Disaat mama dan papa membaca surat ini, Ika mungkin sudah tidak berada di sini lagi. Maafkan Ika kerana tindakan ini akan memalukan mama dan papa. Ika tidak mahu terus membohongi diri sendiri lagi. Ika tak cintakan Megat Danish lagi mama, papa. Ika cintakan orang lain. Ika tak boleh teruskan pernikahan ini kerana hati Ika tidak gembira dengan semua ini.

Izinkan Ika pergi mama. Ika pergi bersama kebahagiaan Ika. Mungkin Ika sudah menjadi anak derhaka. Tapi maafkan Ika.

Buat abang Danish, Ika pohon ampun dan maaf kerana tidak setia dengan cinta abang. Terlalu mudah hati ini berpaling kasih kepada yang lain. Ika hanya insan biasa yang memerlukan perhatian sepanjang masa dari orang yang tersayang. Maafkan Ika jika keputusan ini bakal melukakan hati abang. Bukan jodoh kita untuk hidup bersama. Semoga abang temui insan lain yang lebih baik dari Ika.

Salam sayang,
Zalika

Lemah segala sendinya. Dia terduduk di situ bersama airmata yang sudah mengalir lebat sejak tadi. Begitu mudah airmatanya tumpah saat itu. Airmata seorang lelaki! Menggigil seluruh tubuhnya. Surat itu direnyuk kemas. Hatinya sudah pecah berkecai. Punah semua angan-angan yang diharapkannya. Sampainya hatimu Zalika! Jeritnya di dalam hati.

Puan Sri Habibah dan Tan Sri Tengku Zulkifli hanya mampu memandang. Mereka cukup malu dengan keluarga Megat Danish. Mana nak letak muka? Anak yang ditatang penuh kasih selama ini tergamak menconteng arang ke muka mereka.

No comments:

Post a Comment