Thursday, May 16, 2013

Bab 1: Kemilau Sinar Kasihmu



Kakinya pantas mengatur langkah melalui jejantas yang dirasakan terlalu panjang itu. Sekejap mata mengerling jam lusuh ditangannya. Bimbang jika lewat sampai ke tempat yang hendak dituju. Keadaan pagi itu agak sesak dengan manusia dan juga kenderaan yang lalu lalang di bawah jejantas. Gayat sekejap rasanya. Fuh! Ni kalau terjatuh ke bawah, memang sah-sah mati katak. Gerutu hatinya. Ish, apelak fikir yang bukan-bukan ni. Peluh sudah mula membasahi bahagian belakang baju kurungnya.

Tanpa di duga hadapan tapak kasut lusuh yang dipakainya tiba-tiba tertanggal gam. Aduhai, time kita nak kejar masa camni la kasut buat hal pulak. Keluhnya. Mesti Farah dah lama menantinya di seberang sana. Resah juga hatinya. Hari ini hari pertama dia hendak memulakan kerja di syarikat tempat sahabatnya itu bertugas. Mati la kalau lewat sampai ni. Hari pertama masuk kerja dah datang lambat. Keluhnya untuk kesekian kali.

Setelah bersusah payah berjalan dengan kasut yang dah hampir nak tertanggal tapaknya, Qalesya selamat juga sampai ke tempat yang telah dimaklumkan oleh Farah semalam melalui telefon semasa dia menghubungi gadis itu menggunakan telefon awam. Peluh yang mengalir di dahi diseka perlahan dengan hujung jari. Dari jauh dia melihat Farah menghampirinya dengan wajah kelat semacam. Qalesya sekadar melemparkan senyuman kecil. Tahu silapnya. Dia bersedia untuk menerima serangan yang bakal dilancarkan oleh Farah sekejap lagi.

“Kenapa lambat Esya? Satu jam aku dok tunggu kau. Kau kata bas akan sampai awal. Ni kenapa boleh lambat pulak?” Serang Farah sambil berpeluk tubuh.
“Maaf la Farah, tadi jalan sesak sangat. Tu yang bas lambat nak sampai. Lagipun penat aku jinjit beg pakaian ni. Dengan tapak kasut aku yang dah nak tertanggal lagi ni ha.” Qalesya menunjukkan kasutnya di hadapan Farah.
“Macam-macam la kau ni Esya. Ini hari pertama kau kerja kat sini tau. Kena datang awal. Penat aku dok usha kerja ni untuk kau tau. Bukan senang nak tengok Tuan Pengarah syarikat ni ambil orang bekerja dengan semudah ini kau tahu. Lagipun aku tak nak job yang tengah ada kekosongan sekarang ni jatuh ke tangan orang lain pulak.” Farah membebel lagi. Risau dia sebenarnya sejak tadi bila kelibat Qalesya tidak juga kunjung tiba seperti yang dijanjikan. Dalam pada itu terselit juga rasa kasihan melihat Qalesya yang bersusah payah datang dari kampung awal pagi tadi. Sampai aje terus nak melapor diri masuk kerja. Disuruh datang awal ke Kuala Lumpur tak nak pulak gadis itu. Farah menggeleng kepala.

Pantas Farah terus mengajak Qalesya masuk ke dalam bangunan tinggi yang tersergam indah itu. Tangan Farah lantas menekan butang lif. Qalesya pelik. Pintu apa macam ni? Tak pernah dia tengok pintu magik macam ni. Tekan-tekan je dah terbuka sendiri. Farah yang sudah meloloskan diri ke dalam perut lif segera menggamitnya masuk. Terkial-kial Qalesya masuk sambil menjijit beg pakaiannya.

Farah menekan butang yang tertera angka 7. Qalesya hairan lagi. Mak aii, tinggi juga nak naik ni. Pertama kali masuk ke dalam lif, Qalesya terasa gayat pula. Seakan mahu terhenti pernafasannya. Dipejamkan mata serapatnya untuk menghilangkan rasa gayat.

Farah mencuit lengannya. Hairan dengan telatah Qalesya yang kelihatan pelik di matanya. Qalesya membuka matanya.
“Kau ni kenapa? Pejam mata segala.” Soal Farah hairan. Nasib baik mereka berdua saja yang berada dalam lif sekarang ini.
“Err, tak.. takde pape. Aku penat je.” Qalesya memberi alasan. Senyuman kecil dihadiahkan kepada sahabatnya.

**********
Ting!
Bunyi itu menandakan mereka sudah sampai ke tingkat 7. Qalesya menurut saja langkah Farah. Wah! Besarnya syarikat ni. Cantik pulak tu. Pujinya di dalam hati. Ketika Farah menguak pintu utama untuk masuk ke dalam syarikat itu, sekali lagi Qalesya tergamam. Di luar dah cukup cantik, di dalam lagilah cantik. Puji nya lagi. Kakinya melangkah masuk dengan senyuman di bibir. MAWAR MAJU BINA HOLDING. Dia membaca perlahan nama syarikat yang terpampang di dinding belakang meja penyambut tetamu yang berada di hadapan pintu masuk itu.

“Kak Liza, tuan dah sampai ke?” Soal Farah sebaik saja menghampiri meja penyambut tetamu syarikat besar itu.
“Dah, baru je sampai.” Balas Liza ringkas. Dia bertugas sebagai penyambut tetamu di syarikat itu sudah hampir 5 tahun.
“Oh ye, ni Farah kenalkan kawan Farah, Qalesya. Cleaner dan tea lady baru kita yang Farah cerita kat akak hari tu.” Farah memperkenalkan Qalesya kepada Liza.
“Oh, yeke. Hai Qalesya” Liza tersenyum sambil memandang ke arah Qalesya.
Qalesya segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Liza.
“Apa khabar err.. Cik Liza?” Soalnya ramah.
Lantas huluran tangan Qalesya disambut mesra oleh Liza.
“Ish, ape pulak ber cik-cik ni, akak ni dah kahwin, 3 orang anak dah pun. Panggil kak Liza aje. Qalesya ni mesti muda lagi kan?”
“Saya sebaya dengan Farah kak.” Balas Qalesya tersenyum manis.
“Alah, muda lagi la tu. Sebaya jugak dengan si Farah ni ye.” Sambung Liza lagi.

Setelah berbual pendek, Farah terus membawa Qalesya masuk dan menuju ke arah meja kerjanya. Dia meminta Qalesya supaya meninggalkan saja beg pakaiannya di bawah meja kerjanya. Kesian pulak tengok Qalesya dari tadi dok mengendong beg kesayangannya tu. Qalesya memerhati segenap ruang dalam pejabat yang agak besar dan luas itu. Ralit matanya memerhati. Semua orang sedang khusyuk buat kerja. Bagusnya pekerja kat sini. Bisik hatinya.

“Jom Esya, aku bawak kau jumpa Tuan Pengarah.”
Qalesya tersentak. Itulah asyik leka menilik pejabat mewah itu sedari tadi. Dia kemudiannya tersengih seraya mengangguk perlahan. Langkah sahabatnya dituruti dari belakang. Berdebar rasa hatinya. Garang ke bos syarikat ni ye? Kalau setakat cleaner dan pembancuh air macam aku ni, mungkin tak perlu kerja menghadap bos sangat kut? Dia berkata sendirian.

Mereka sampai di hadapan pintu bilik yang terpampang tanda nama Ketua Pengarah Urusan Dato’ Megat Rashid Bin Megat Sulaiman. Fulamak! Dato’ Megat lagi tu. Dari nama saja Qalesya sudah dapat mengagak bahawa tuan syarikat ini bukan calang-calang orangnya. Mesti seorang yang berpengaruh besar dan berpangkat. Gentar juga rasa hatinya nak bekerja di syarikat besar macam ni. Takut nanti dia buat kerja tak bersih ke ape, kan naye. Huhu.

**********

Bunyi ketukan di pintu menghentikan seketika kerja menyemak dokumen di atas mejanya. Dato’ Megat Rashid meletakkan pen di atas meja seraya mengarahkan gerangan yang berada di luar pintu biliknya masuk.

Farah yang mendengar arahan masuk dari Tuan Pengarah itu segera memulas tombol pintu. Tangan Qalesya ditarik sama.

“Selamat pagi Dato’” Ucap Farah sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
Qalesya juga berbuat begitu. Menurut sahaja apa yang dilakukan oleh Farah. Dia mana la tahu etika-etika apa yang perlu dia buat ketika berada di syarikat ni.
“Selamat pagi. Ada apa Farah?” Serius saja wajah Dato’ Megat Rashid. Terus diajukan soalan tentang tujuan kakitangannya datang ke situ.
“Errr, Dato’ ni saya perkenalkan kawan saya, NurQalesya. Dia ni yang akan mengisi kekosongan jawatan cleaner dan tea lady kat pejabat ni Dato’.” Terang Farah.
Qalesya tersenyum dan mengangguk. Gementar dia melihat wajah Ketua Pengarah yang sedang duduk di atas kerusi mewah di hadapannya itu. Walaupun sudah berumur, tetapi lelaki itu masih kelihatan segak. Ditambah lagi dengan penampilannya yang masih bergaya pada umur sebegitu.

“Oh, siapa nama tadi?” Soal Dato’ Megat Rashid semula.
“NurQalesya, Dato’.” Qalesya membalas sopan.
Dato’ Megat Rashid mengangguk-angguk. Sejuk rasa hati tatkala terpandang seraut wajah bertudung itu. Lantas dia tiba-tiba terkenang dengan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anaknya dahulu. Yang pernah mengisi kekosongan hati anaknya.

“Selamat bertugas di syarikat Mawar Maju Bina Holding, Qalesya. Saya harap kamu boleh jalankan tugas dengan baik di sini. Farah, nanti kamu tolong terangkan apa tugas yang perlu Qalesya buat serta peraturan-peraturan pejabat yang perlu dia ikut. Kalau tak ada apa-apa lagi, kamu boleh keluar sekarang.” Arah Dato’ Megat Rashid tegas. Dia mahu menyambung semula kerja yang tertangguh sebentar tadi.

Qalesya mengangguk. Jari jemari nya diramas untuk menghilangkan rasa gugupnya yang masih bersisa.
“Baik Dato’. Kami keluar dulu.” Sahut Farah Pantas. Mereka segera menghayun kaki melangkah keluar dari situ kerana tidak mahu menganggu konsentrasi ketua mereka melakukan kerja.

**********

Ketika melintasi ruangan tepi pejabat itu untuk menuju ke arah ruang pejabat Farah, Qalesya terpandang ke arah sebuah pintu bilik yang terpampang tanda nama Pengarah Urusan Megat Danish Aniq Bin Megat Rashid. Sedapnya nama dia! Puji Qalesya tiba-tiba. Terus dibayangkan rupa tuan empunya nama itu. Mesti kacak orangnya. Ish ish gatal juga aku ni. Entah-entah orang tua. Hehe. Qalesya tersenyum kelucuan. Farah yang perasan dengan kelakuan Qalesya itu segera menegur.
“Kau tengok apa?” soalnya ingin tahu.
“Ni ada lagi seorang Pengarah? Berapa ramai bos dalam syarikat ni Farah?” Soal Qalesya ingin tahu.
“Oh, ni bilik bos muda. Yang tadi bos besar, bapak dia. Yang ni anak dia, ape-ape hal kita kena melalui bos muda ni dulu.”
Qalesya mengangguk-angguk bagai burung belatuk saja lagaknya.
“Tapi kan Esya, ada satu hal aku nak pesan dekat kau ni.” Sambung Farah lagi seraya meneruskan langkah ke arah meja kerjanya. Diikuti Qalesya di belakang.
“Apa dia Farah?” Qalesya tidak sabar hendak tahu apa yang ingin dipesan oleh Farah kepadanya.

“Dengan bos muda ni kena hati-hati sikit. Dia tu garang semacam kau tahu. Semua staff kat pejabat ni takut dengan dia. Hari-hari nak memekik melolong marah orang. Entah kena rasuk jin mana pun aku tak tau la.” Terang Farah sambil mencebik meluat bila mengingatkan perangai Megat Danish yang sombong dan angkuh tu.
“Yeke Farah. Dahsyat jugak ye. Seram pulak aku dengar.” Balas Qalesya. Berkerut-kerut keningnya setelah mendengar penerangan Farah tadi.
“Tu la. Tapi semua orang kat sini dah lali dengan kerenah bos singa tu. Asyik nak menyinga aje, last-last dapat gelaran tuan singa. Haha.” Farah ketawa geli hati bila rakan-rakannya selalu bergosip tentang bos muda mereka.

Tuan singa? Qalesya berkata dalam hati. Percuma aje dapat gelaran binatang buas tu. Buas sangat ke tuan Megat tu? Eeeiiii seram..seram.
“Tapi ayah dia nampak baik aje Farah.” Qalesya mula membuat perbandingan.
“Ayah dia okey aje Esya. Cuma anak dia aje yang sombong tak tentu pasal. Sape-sape yang kerja under dia, memang teruk la. Hari-hari cair taik telinga. Silap-silap boleh jadi pekak dan bisu. Sebab tu ramai yang berebut-rebut nak mintak bekerja under Dato’ tau.” Berjela-jela Farah bercerita.
Qalesya mengangguk saja lah mendengar bebelan Farah.
“Esya, lepas ni aku tunjuk kau ruang rehat untuk kau eh. Sorry la Esya, jawatan ni aje yang ade. Aku bukan bermaksud nak bagi kau kerja macam ni.” Luah Farah terkilan kerana membiarkan sahabatnya bekerja tak ubah macam orang gaji di pejabat itu nanti.

“Eh, kau ni. Aku tak kisah pun. Aku bersyukur sangat Farah dapat kerja ni. Kerja jugak kan? Lagipun kau dah bersusah payah tolong aku. Lagi la aku tak terbalas budi kau ni. Apepun aku janji, aku akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Dapat gaji pertama nanti aku belanja kau eh?” Pujuk Qalesya apabila melihat air muka sahabatnya itu keruh tanda serba salah.

**********

Farah tersenyum mendengar kata-kata Qalesya. Dia tergelak kecil. Kemudian mereka menuju ke ruang rehat yang disediakan khas untuk cleaner dan tea lady syarikat itu. Farah menerangkan serba ringkas tentang tugas yang perlu Qalesya laksanakan. Kecut perut jugak Qalesya bila mengetahui yang dia bekerja di bawah pengurusan Tuan Megat Danish. Alahai, baru nak berangan kerja bawah Dato’, alih-alih aku pun terpilih untuk mengadap singa lepas ni.

Kena buat kerja dengan teliti la kalau camni. Dah la aku ni jenis cepat gelabah. Kalau gelabah, semua benda yang aku pegang jadi tak keruan. Aduh. Bisa kepalanya memikirkan. Belum lagi dia bersua muka dengan tuan empunya nama itu. Baru saja melihat nama. Tetapi bermacam-macam cerita yang menakutkan telah di dengarnya dari Farah. Silap-silap kena tengking, macam mana? Hatinya berkata. Gelisah tak terkira dia ketika ini. Rasa takut lebih menguasai. Ini kali pertama seumur hidupnya melalui situasi seperti ini. Selama 25 tahun dia hanya membesar di kampung sebagai anak petani. Mana pernah dia menjejakkan kaki ke bandaraya besar seperti ini.

Disebabkan kasihan melihat ayah yang bersusah payah mencari rezeki, Qalesya akhirnya membuat keputusan untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Nasib baik  Farah juga bekerja di Kuala Lumpur dan sudi menolongnya. Sejak kaki melangkah dari kampung lagi dia sudah memasang tekad untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh tak kira apa pun halangan yang datang. Dia mahu meringankan beban ayah. Ayah sudah tua dan tidak sihat. Ibu pula sudah lama pergi. Meninggalkan dia membesar tanpa belaian kasih sayang seorang ibu. Sekarang ayah lah tempat nya bergantung kasih. Kesian ayah.

“Kau rehat la dulu Esya. Nanti ape-ape hal kau cari aku kat tempat kerja aku eh. Aku nak buat kerja ni. Karang tuan muda masuk, mampus aku kalau dia tengok aku dok melepak kat sini.”
Suara Farah mematikan lamunan Qalesya. Hampir menitis airmatanya tadi. Sempat jugak dia mengimbau kenangan lalu.

“Eh, takpe la. Kau pergi sambung buat kerja kau. Aku boleh urus diri kat sini. Kau jangan risau eh.” Qalesya cuba meyakinkan Farah. Tidak mahu terus menganggu sahabatnya itu bertugas. Hari ini saja dia sudah banyak menyusahkan Farah.

Qalesya terus mengambil semua peralatan yang akan digunakan untuk melakukan kerja nanti. Dia bersemangat untuk memulakan tugasnya hari ini. Dengan senyum lebar, dia melangkah keluar dengan membawa baldi dan sebatang mop berserta kain dan air untuk mengelap cermin.

No comments:

Post a Comment