Sunday, May 19, 2013

Bab 4: Kemilau Sinar Kasihmu



Bunyi telefon yang berdering mengejutkan lena Qalesya. Lantas dia membuka matanya perlahan. Cahaya terang membuatkannya terasa silau. Di mana dia sekarang? Hatinya tertanya-tanya. Macam aku kenal aje tempat ni. Bila masa pulak aku tidur kat sini. Sekilas Qalesya teringat. Terbeliak matanya.


“Esya, kau dah sedar.” Teguran suara itu mengejutkan Qalesya. Segera dia bangkit. Wajah Farah tersenyum manis di sisinya.
“Farah?” Dia memicit kepalanya yang masih terasa berdenyut.
“Qalesya dah okey ke?” Soalan dari suara garau itu membuatkannya benar-benar terkejut. Lantas dia berpaling. Eh, tuan kacak itu ada kat sini jugak? Aduh! Qalesya menepuk dahinya. Kenapa lah dia cepat sangat lupa. Aku masih berada dalam bilik pejabat tuan Megat? Apa yang dah terjadi dengan aku tadi? Soalnya sendiri tidak henti-henti.

Farah yang melihat Qalesya seperti kebingungan segera bersuara. “Kau pengsan tadi. Nasib baik Encik Aiman sempat sambut kau. Kalau tak, percuma aje kau cium lantai tadi.” Usik Farah.
Terlopong mulut Qalesya mendengar bicara Farah. Lantas dia teringat sesuatu. Kepalanya diraba-raba. Fuh, masih bertudung lagi.

Syed Aiman yang melihat tingkahlaku Qalesya tergelak kecil. Mesti gadis itu fikir yang bukan-bukan agaknya. “Awak jangan bimbang Qalesya, masa awak pengsan tadi, Farah yang temankan awak kat dalam ni.” Ujarnya lagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Qalesya mengangguk. Kemudian matanya melilau memerhati sekitar ruang bilik itu. Mana tuan Megat? Mesti mengamuk la dia nanti. Tuduh aku sengaja nak ambil kesempatan.
“Tuan Megat dah keluar sejak tadi.” Farah berkata tanpa menunggu soalan dari Qalesya. Faham benar dengan reaksi resah yang ditunjukkan sahabatnya itu.
“Oooo yeke. Errr tuan, maaf la kalau menyusahkan tuan. Terima kasih sebab tolong saya tadi.” Qalesya berbahasa.
“Eh, ape pulak panggil saya tuan ni. Saya Syed Aiman. Panggil Aiman, cukup la.” Syed Aiman berbicara tenang. Sejuk hatinya melihat raut wajah itu.
“Eh, tak boleh macam tu. Saya panggil Encik Aiman la ya.” Qalesya masih mahu berbahasa. Dia tukang cuci aje, mana boleh panggil orang atasan dengan panggilan nama saja. Nanti ape pula kata tuan Megat kalau mendengar dia memanggil lelaki dihadapannya ini dengan nama saja? Lagi la lelaki itu akan berfikir yang bukan-bukan.


Syed Aiman menjongketkan bahunya. “Its up to you. Asalkan Qalesya selesa.”
“Eh, dah masa lunch ni. Jom ikut saya pergi makan.” Pelawa Syed Aiman. Mesti kedua gadis itu sudah kelaparan.
“Takpe la Encik Aiman, kami ada bawak bekal dari rumah tadi. Lain kali la ya?” Qalesya menjawab. Farah sudah menjegilkan mata ke arahnya. Dia hanya tersenyum kecil.
“Takpelah kalau macam tu. Tapi lain kali no excuses ye.”
Qalesya mengangguk.
Syed Aiman bingkas bangun dan keluar dari bilik itu. Diikuti Qalesya dan Farah yang terus menghala ke pantri untuk menikmati makan tengahari mereka.

**********

“Kau kenapa lambat sangat? Masih nak melayan perempuan yang buat-buat pengsan tu ke?” Soal Megat Danish tidak puas hati. Hampir setengah jam dia menunggu kelibat Syed Aiman di restoren itu.
“Sorry, takkan nak biarkan dia macam tu aje Danish. Kesian kat dia.” Syed Aiman membalas.
“Huh, dia saja nak mintak perhatian tu. Tak kuasa aku nak melayan. Dia nak pengsan ke, nak tertiarap ke, peduli apa aku?”
“Aku hairan la dengan kau ni, apesal kau benci sangat dengan si Qalesya tu?” Soal Syed Aiman ingin tahu.
“Siapa pulak Qalesya ni?” Soal Megat Danish hairan mendengar nama itu.
“Aik, nama staff sendiri pun tak tau ke? Yang pengsan tu tadi lah.” Jelas Syed Aiman terkejut.
“Aku tak ingin la nak tau nama dia tu. Tak ada untungnya pun. Kalau setakat cleaner, tak penting bagi aku.” Megat Danish berbicara angkuh.
“Tak baik benci sangat Danish, nanti terlebih sayang, parah kau.” Syed Aiman mengusik.

Megat Danish mencebik. Nak termuntah rasanya mendengar usikan Syed Aiman.
“Eh, jom la oder. Buat apa nak cakap pasal perempuan tu pulak. Mematikan selera aku aje.”
Syed Aiman sekadar menggeleng kepala melihat sikap Megat Danish kepala batu itu.

Sementara di dalam pantry pejabat, kedua gadis itu sedang menjamah bekalan yang dibawa. Mak Mah juga turut bersama dengan mereka tengahari itu.
“Qalesya, Mak Mah dengar Esya pengsan kat dalam bilik tuan Megat tadi, betul ke?” Soal Mak Mah ingin tahu.
Belum sempat Qalesya menjawab, Farah terlebih dulu memintas.
“Dia ni degil Mak Mah. Pagi tadi saya dah suruh ambik cuti aje sebab saya tengok muka dia pucat sangat. Tapi nak jugak kerja. Tengok, apa dah jadi. Tak pasal-pasal terpengsan dalam bilik tuan singa tu. Pecah rekod betul kawan saya ni Mak Mah.” Ujar Farah tersengih.
Qalesya mencubit paha Farah. Geram mendengar bicara gadis itu.
“Ouch! Sakit la Esya. Ape ni main cubit-cubit.” Farah tidak puas hati. Paha yang terasa pedih digosok-gosok.
“Padan muka.”
Farah mencebik. Mak Mah pula sudah tertawa melihat keletah kedua gadis itu.

**********
Selepas tamat waktu rehat, Qalesya menyambung tugas seperti biasa. Dia mengelap cermin pintu masuk ke ruang pejabat itu. Dia amat leka melakukan kerja sehingga tidak sedar Megat Danish membuka pintu ketika itu. Dan tidak terduga juga kain yang digunakan mengelap cermin pintu akhirnya mendarat dengan baik ke atas muka Megat Danish. Qalesya sudah tergamam.

Merah padam muka Megat Danish. Baru saja hatinya sejuk, kini sudah berbahang semula.
“Heiiii perempuan gila! Kau ni memang nak kena dengan aku agaknya! Kau dah buta ke hah!? Ape masalah kau ni?” Kain ditangan Qalesya di rampas. Merah menyala matanya memandang ke arah gadis itu.
“Ma..maaf tuan Megat. Sa.. saya tak sengaja.” Alahai , apa la malang nasib aku hari ni. Asyik kena tengking dengan tuan singa aje.
“Maaf kepala hotak kau! Itu aje mulut kau tau!” Lantas kain buruk yang dirampas tadi dilempar kasar ke wajah Qalesya. Terkejut Qalesya dengan tindakan drastik lelaki itu. Kain yang terjatuh di lantai dikutip perlahan.

Megat Danish terus berlalu. Bahu Qalesya dirempuh kasar. Kedengaran gadis itu mengaduh kecil. Syed Aiman yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya mampu melihat.
“Esya, jangan ambik hati ye. Danish memang macam tu. Angin dia tak berapa nak betul sikit.” Syed Aiman memohon maaf bagi pihak Megat Danish. Qalesya mengangguk sambil memerhati langkah Syed Aiman yang turut meloloskan diri ke dalam bilik Megat Danish.
Farah memandang Qalesya. Apa la yang dia mampu buat. Mereka sama-sama kuli dan makan gaji di situ. Kesian Qalesya. Rintihnya sendiri.

“Gila punya perempuan. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku!” Tangan dihentak ke atas meja. Nasib baik meja tidak retak.
Syed Aiman yang baru masuk menghampiri Megat Danish yang sudah seperti singa kelaparan itu.
“Bro, jangan kerana kisah silam kau, kau letakkan semua kesalahan dengan semua perempuan. Kau hukum orang yang tak bersalah. Tak adil bro.” Nasihat Syed Aiman. Berharap hati Megat Danish boleh sejuk.
“Aku memang tak boleh tengok muka perempuan tu Aiman. Sejak mula dia masuk kerja lagi, tak habis-habis bawak masalah.”
“Kau ni cepat sangat membuat tanggapan. Dah namanya baru bekerja, of course la buat kerja belum berapa nak sempurna. Come on la bro.” Aiman berhujah. Cuba membidas kata-kata Megat Danish.
“Ah, kau tak payah nak cover-cover perempuan tu Aiman.” Megat Danish mencapai kot dan briefcasenya di atas meja. Lantas dia berlalu menuju ke arah pintu.
“Wait, kau nak ke mana pulak ni Danish?” Soal Syed Aiman yang kehairanan melihat Megat Danish tergesa-gesa hendak keluar.
“Aku nak balik. Takde mood dah aku nak buat kerja. Boleh mati akibat serangan jantung kalau hari-hari macam ni.”
Syed Aiman sekadar angkat bahu. Sesuka hati dia aje nak balik. Mentang-mentang syarikat bapak dia.

**********
Farah menghampiri Qalesya yang sedang mengemas barang-barangnya di ruang rehat itu. Jam sudah menunjukkan angka 4.45 petang.
“Esya, aku kena outstation la petang ni. Dato’ arahkan aku pergi dengan beberapa orang staff untuk attend meeting kat JB pagi esok. Aku tak dapat nak balik sama dengan kau petang ni. Aku terus gerak dari pejabat guna kenderaan syarikat. Kau tak kisah ke?”Risau juga Farah bila mengenangkan Qalesya yang terpaksa balik sendiri. Dah la sahabatnya itu belum biasa lagi dengan jalan kat sini.
Qalesya memandang Farah. Walaupun ada sedikit rasa risau, tapi dia cuba memaniskan muka.
“Takpe Farah, kau pergi lah. Nanti aku tanya Mak Mah nak naik bas ape untuk balik ke Taman Desa Indah tu. Kau jangan risaukan aku ye.” Pujuk Qalesya. Lengan Farah digosok perlahan.
“Kalau macam tu, tak pelah. Kau jaga diri ye. Ape-ape hal cepat-cepat call aku tau. Aku kena gerak ni Esya.”
Qalesya mengangguk. “Okey, kau pun jaga diri jugak kat sana.” Pesan nya sebelum Farah berlalu pergi.

“Esya, tak balik lagi?” Tegur Mak Mah yang baru selesai melakukan tugasnya petang itu.
“Eh Mak Mah, Esya baru nak balik ni. Mak Mah?”
“Mak Mah pun nak balik jugak ni. Suami Mak Mah dah tunggu kat bawah.” Begitu lah rutin harian Mak Mah. Suaminya akan menjemput dia setiap petang dengan menaiki motosikal.
“Err Mak Mah, Esya nak tanya sikit. Macam mana ye nak ambik bas balik ke Taman Desa Indah?” Qalesya menggaru keningnya sekilas.
“Oh, nanti Esya tunggu aje kat bustop depan bangunan ni. Esya naik bas no 9.” Jawab Mak Mah sambil mengemas barang-barangnya.
Qalesya mengangguk. “Terima kasih Mak Mah.”
“Sama-sama. Mak Mah balik dulu ye. Jaga diri elok-elok tau. Beg tu pegang kuat-kuat. Banyak peragut kat kawasan ni. Kena hati-hati sikit.” Sempat Mak Mah berpesan sebelum berlalu keluar.
“Baiklah Mak Mah. Hati-hati.”

Qalesya terus melangkah keluar. Kelihatan semua kakitangan dalam pejabat itu juga sudah mula mengemas meja masing-masing untuk pulang. Keadaan dalam pejabat beransur-ansur sunyi. Sekilas Qalesya menoleh ke  arah bilik Megat Danish. Gelap aje. Dah balik ke? Soalnya dalam hati. Qalesya terus mengatur langkah keluar dari bangunan itu.

**********

Sudah hampir sejam Qalesya menunggu bas di perhentian bas di hadapan bangunan itu. Namun kelibat bas no 9 langsung tiada lalu di situ. Dia semakin gelisah. Jam di tangan di kerling sekilas. Sudah menunjukkan angka 6 petang. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Keadaan di situ sudah semakin lengang dan sunyi.

“Mana bas ni? Macam mana aku nak balik ni kalau bas takde.” Qalesya sudah resah. Rasa seram pun ada bila melihat tiada seorang pun manusia berada di situ lagi ketika itu lagi. Dia mendongak memandang ke arah langit. Gumpalan awan hitam menandakan hujan akan turun bila-bila masa saja lagi. Qalesya sudah terasa hendak menangis.  Matanya memandang lagi ke arah jalan raya. Berharap akan ada lagi bas yang lalu pada waktu ini. Hampir 15 minit sudah berlalu, ternyata penantiannya hampa.

Qalesya mengeluh perlahan. Kenapa nasibnya malang hari ini. Sejak dari pagi tadi tak habis-habis dirinya ditimpa masalah. Sedang dia asyik berfikir, dia tersentak bila mendengar bunyi hon kereta yang dibunyikan dengan agak kuat. Qalesya mendongak untuk melihat kereta siapa yang membunyikan hon di hadapannya.

Kereta siapa pulak ni? Dah la cermin gelap, tak nampak orang kat dalam. Entah-entah penjahat tak? Qalesya berteka-teki sendiri. Rasa takut mula menguasai diri. Dia tidak mengendahkan kereta mewah yang masih galak membunyikan hon dihadapannya. Dia kena berhati-hati. Tadi Mak Mah kata kena berhati-hati kalau berada kat kawasan itu. Perasaan bimbang semakin merajai hatinya.

Syed Aiman menggeleng perlahan. Qalesya tidak mengendahkan hon yang dibunyikannya. Lantas cermin kereta dibahagian penumpang diturunkan.
“Qalesya, jom saya hantar awak balik.” Syed Aiman menjerit kecil ke arah Qalesya.
Qalesya tersentak apabila mendengar namanya disebut oleh seseorang. Lantas dia melihat ke arah pemilik suara itu. Lama dia mengintai ke arah pemandu kereta tersebut.
“Qalesya, jom la saya hantar awak balik!” jerit Syed Aiman lagi.

Qalesya sudah berkerut-kerut dahinya. Syed Aiman yang melihat Qalesya masih terkaku di tempat duduk segera keluar dari perut kereta. Nampak sangat gadis itu ketakutan. Syed Aiman sudah berdiri tegak di sisi Qalesya sambil tersenyum.
“Eh, encik Aiman rupanya. Maaf saya tak perasan. Ingatkan orang lain tadi.” Segera dia menyapa apabila melihat Syed Aiman sudah terpacak di sisinya. Lelaki itu tersenyum manis.
“2 kali saya dok jerit panggil awak, awak buat tak endah aje ye.” Usik Syed Aiman. “Awak tunggu bas ke? Tak balik sekali dengan Farah?”
“Farah keluar daerah tadi. Esok baru balik. Saya tengah tunggu bas ni nak balik.”
“Kalau macam tu, jom la saya hantar awak balik. Rasanya takde lagi bas yang lalu masa-masa camni. Bahaya awak duduk sorang-sorang kat sini Qalesya.” Syed Aiman masih mahu menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang.
“Err, takpe la encik Aiman. Terima kasih.” Qalesya tidak mahu menyusahkan lelaki itu untuk menghantarnya pulang.
“Eh, jangan la macam tu. Awak takut eh? Jangan risau, saya takkan buat apa-apa kat awak. Bahaya kalau awak tunggu kat sini sorang-sorang. Kat sini ramai mat merempit. Awak tak takut?” Syed Aiman masih cuba memancing Qalesya dengan menakut-nakutkan gadis itu.

Wajah Qalesya sudah kelihatan berkerut. Dia menggigit bibirnya.
“Tak payah la nak fikir-fikir lagi. Jom. “ Syed Aiman bingkas mengatur langkah menuju ke arah kereta Honda Accord yang berwarna hitam berkilat itu.
Qalesya akhirnya bangun dan perlahan menuruti langkah lelaki itu. Ya, Allah, kau lindungi lah aku semoga selamat sampai ke rumah. Pohonnya di dalam hati. Dia segera meloloskan diri ke dalam perut kereta milik Syed Aiman.

**********
“Qalesya tinggal kat mana?” Soal Syed Aiman memecah kesunyian. Hanya kedengaran lagu yang berkumandang dari corong radio kereta. Qalesya diam membisu sedari tadi.
“Hah? Oh, saya tinggal dekat Taman Desa Indah, satu rumah dengan Farah. Takpe ke encik Aiman hantar saya ni? Maaf la menyusahkan encik Aiman. Dah la penat seharian ni baru balik dari luar negara pagi tadi kan.” Qalesya berbicara serba salah.
“Takde menyusahkan pun Qalesya. Saya ikhlas. Awak jangan fikir-fikir lagi. Awak dah makan tak ni?” Syed Aiman cuba memancing lagi untuk berbicara dengan gadis itu.
“Err dah tadi.” Balas Qalesya gugup. Dia mengerling sekilas ke arah jejaka kacak yang seiras dengan pelakon Ashraf Muslim itu. Dilengkapkan lagi dengan kaca mata hitam yang tersangkut pada hidung mancungnya menyerlahkan lagi karisma lelaki itu.

Syed Aiman terkilan. Niat hendak mempelawa Qalesya makan malam bersama nampaknya tidak kesampaian lagi. Takpe, lain kali cuba lagi. Dia berkata dalam hati. Tidak lama kemudian, kereta mewah hitam berkilat itu berhenti di hadapan rumah teres 2 tingkat milik Farah.
“Terima kasih encik Aiman sebab susah payah hantar saya balik hari ni.” Ucap Qalesya sebelum membuka pintu kereta.
“Sama-sama, ‘kasih’.” Balas Syed Aiman memperlahankan nada suara apabila mengungkapkan perkataan kasih.
Qalesya lantas menoleh semula. “Apa dia encik Aiman?”
“Errr, takde pape. Awak masuk lah. Dah maghrib ni.” Syed Aiman terkulat-kulat sendiri sambil tersengih memandang Qalesya. Dia dengar ke?
Qalesya tersenyum dan lantas dia keluar dari perut kereta.
“Assalamualaikum.” Ucapnya dan terus berlalu.
“Waalaikumussalam.” Seketika Syed Aiman teringat. Lantas nama Qalesya dilaungkan.”Qalesya, esok awak pergi kerja naik apa?”
Qalesya menoleh. “Naik bas.” Qalesya tersenyum dan terus membuka pagar utama rumah teres itu sebelum menghilang disebalik pagar besi yang tinggi itu.

Syed Aiman tersenyum penuh makna. Senyuman yang hanya dia saja yang mengerti maksudnya. Honda Accord itu terus meluncur perlahan meninggalkan kawasan perumahan itu.

*********
Deringan telefon bimbit yang berlagu nyaring yang diletakkan di atas meja kecil di sisi kecil dicapai. Dalam keadaan mamai, Syed Aiman menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan ke telinga sambil dia menguap kecil.
“Hello..” Sapanya perlahan.
“Hello, Aiman. Aunty ni.” Balas suara di hujung sana. Sayu saja nada suara itu.
“Eh, aunty, ada apa telefon ni? Aunty okey ke?” Segar terus mata Syed Aiman ketika itu.
“Aiman, aunty tak tahu nak cakap macam mana lagi ni. Aunty nak mintak tolong sangat-sangat dekat Aiman cari Danish. Dia tak balik-balik lagi sampai sekarang.” Rayu Datin Mawar.
Syed Aiman mengeling ke arah jam kecil di sisi katil. Sudah menunjukkan angka 4 pagi. Ke mana Danish pergi waktu-waktu macam ni? Soal hatinya.
“Err, Danish selalu balik lewat camni ke aunty?”
“Danish tu dah semakin teruk sekarang ni Aiman. Aunty tak tahu nak buat apa lagi. Balik malam lewat, mabuk-mabuk. Aunty tak tahan lagi dah.” Kedengaran suara itu mula menangis.
“Aunty, aunty jangan risau okey. Aiman pergi cari Danish sekarang.” Talian dimatikan. Dia segera bingkas bangun untuk mencuci muka dan menukar pakaian.

Sudah habis kelab-kelab malam yang ada disekitar bandaraya Kuala Lumpur di masukinya. Tapi kelibat Danish langsung tidak dijumpai. Syed Aiman mencari lagi ke serata tempat. Keningnya digaru perlahan. Ke mana si Danish ni? Buat perangai tak habis-habis. Gerutunya geram. Sedang dia mengomel sendirian, dari jauh dia ternampak kereta Toyota Camry berwarna putih terparkir di tepi Dataran Merdeka. Lantas dia terus memandu menghampiri arah kereta itu.
Melilau mata Syed Aiman memerhati keadaan sekeliling. Macam-macam ragam remaja disitu. Apa nak jadi la dengan budak-budak zaman sekarang ni. Waktu-waktu begini masih lagi melepak di sini. Syed Aiman menggeleng kepala. Dia meninjau-ninjau lagi ke sekitar kawasan. Lantas matanya tertancap mata sesusuk tubuh yang sedang berbaring di atas kerusi sambil menghisap rokok. Dia mengatur langkah menghampiri sesusuk tubuh itu yang masih tidak menyedari kehadirannya di situ.
“”Wow, hai abang handsome. Sorang aje ke? Boleh I teman?” Sapaan satu suara mengejutkan Syed Aiman. Lantas dia berpaling. Terbeliak matanya bila melihat seorang ‘nyah’ yang cukup seksi sedang senyum menggoda ke arahnya. Naik geli pulak Syed Aiman bila melihat aksi gedik ‘nyah’ yang cuba memikatnya.
“Err, saya nak jumpa isteri saya.” Syed Aiman berdalih. Terus masam wajah ‘nyah’ itu. Syed Aiman mempercepatkan langkah. Tidak menoleh lagi ke belakang.

**********
Megat Danish termenung panjang sambil matanya ralit merenung ke dada langit. Sesak dadanya ketika ini. Terkenangkan wajah Zalika cukup membuatkan hatinya terluka. Sampai ke saat ini dia masih gagal untuk melupakan wajah itu yang telah bertahun-tahun tersemat kukuh dihatinya. 2 tahun sudah gadis itu menghilang tanpa khabar berita. Di mana agaknya dia? Megat Danish mengeluh lagi. Entah kali yang ke berapa dia berbuat begitu.

“Danish!”
Sergahan satu suara benar-benar mengejutkan Megat Danish. Dia bingkas bangun. Namun dia sudah dapat mengagak pemilik suara itu. Mukanya diraup perlahan. Pakaian kerja dari siang tadi masih tersarung kemas di tubuhnya. Tetapi keadaannya sudah agak kusut masai sekarang. Mana kan tidak, dia langsung tidak pulang ke rumah sejak siang tadi. Melayan rasa baran di hati dengan masalah di pejabat cukup memenatkan otaknya.

“Macam mana kau tahu aku ada kat sini?” Soalnya sinis. Pandangan dilemparkan ke arah sekumpulan remaja yang galak ketawa di hujung sana.
“Mama kau call aku tadi. Mintak aku cari kau. Kau ni kenapa Danish?” Syed Aiman terus melemparkan soalan. Semakin hairan dengan kelakuan Megat Danish. “Kau buat apa kat sini? Dah pukul 4 pagi kau tau tak? Macam mana kau nak pergi kerja kalau kau tak cukup tidur macam ni?” Syed Aiman meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Aku nak tenangkan fikiran. Serabut kepala otak aku ni. Mama tu risau tak bertempat. Aku bukan budak kecik lagi lah.” Tukas Megat Danish. Tidak suka dengan tindakan mamanya yang menyusahkan Syed Aiman datang untuk mencarinya.

“Kenapa kau cakap macam tu? Mama tu sayangkan kau, dia tak nak kau terus hanyut macam ni. Aku dengar kau selalu mabuk-mabuk, balik lewat pagi. Kalau ada masalah, settle secara baik bro. Bukan begini caranya.” Syed Aiman memberi nasihat.

Mereka terus berbicara dari hati ke hati. Hampir jam 5.30 pagi barulah Megat Danish bergerak untuk pulang ke rumah. Syed Aiman sudah memecut keretanya laju dan menghilang di sebalik dada jalanraya yang luas itu.

No comments:

Post a Comment