Thursday, May 16, 2013

Karakter Kemilau Sinar Kasihmu

Ni dia si kacak ku Megat Danish Aniq.. ha.. sesuai tak? Megat Danish Aniq yang kacak, bergaya, seorang pengarah urusan muda, selalu memandang rendah dengan kedudukan orang lain terutamanya perempuan kampung.. kegagalan dalam cinta masa lalu menjadikannya camtu, haaa.... tapi abang Danish aku ni seorang yang romantik sebenarnya... dia sangat2 tak sukakan seorang perempuan ni... yang berasal dari kampung..

Nur Qalesya... cantik dan manis kan?kan? hehe... Qalesya bertugas sebagai tukang cuci dan pembancuh air kat syarikat milik papa Megat Danish, kebetulan dia ditugaskan di tempat pentadbiran Megat Danish. Selalu la berlaku perkara-perkara yang di luar jangkaan yang menyebabkan Megat Danish selalu saja tidak puas hati dengan hasil kerja Qalesya. Qalesya seorang gadis yang sangat bersopan santun dan lemah lembut orangnya. Tetap menahan sabar walaupun kerapkali di tengking oleh Megat Danish. So Sweet.... Dek kerana wajahnya yang manis dan ayu tu, ditambah lagi dengan sifat lemah lembut, telah membuatkan hati seorang jejaka terus terpikat padanya pada pandangan pertama. Siapa jejaka tu? Jeng..jeng..jeng..

Si kacak Syed Aiman. Kawan baik Megat Danish ni. Sama kacak sama macho kedua-duanya. Syed Aiman sering saja cuba mencuri peluang untuk mengenali Qalesya dek kerana hatinya telah jatuh suka dengan gadis itu. Tapi siapakah antara mereka yang akan memiliki cinta Nur Qalesya? Oopsss...

Kena ikuti ye entry bab by bab Kemilau Sinar Kasihmu kalau nak tahu apa kesudahannya... hiikksssss

No comments:

Post a Comment