Thursday, May 23, 2013

Bab 5: Kemilau Sinar Kasihmu



“Abang! Cepat lah. Nanti lambat pulak nak sampai ke KLIA tu.” Jeritan Datin Mawar bergema di ruang Villa Mawar pagi itu. Hatinya sudah tidak sabar untuk sampai ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan anak bongsunya, Megat Suraya yang baru tamat pengajian dari Jepun.
“Yelah, yelah. Saya datang ni. Isy awak ni, kalau ye pun, sabarlah.” Rungut Dato’ Megat Rashid apabila melihat sikap tidak sabar isterinya itu.
“Cepat la bang. Tak sabar nak jumpa dengan anak kita bang.”
Dato’ Megat Rashid sekadar menggeleng perlahan. Langkah isterinya dituruti.

Tiba di lapangan terbang, kaki kedua pasangan itu terus menghala ke arah balai ketibaan. Datin Mawar tertinjau-tinjau dari tadi. Dari jauh, kelihatan Megat Suraya melambai-lambai ke arah mereka. Lantas gadis itu terus meluru mendapatkan mereka.

“Mama!” Jerit Megat Suraya lantas terus memeluk Datin Mawar erat.
Datin Mawar membalas pelukan anak bongsunya erat. Air mata menitis perlahan tanda kesyukuran dengan kepulangan anaknya ke tanah air.
“Rindunya Su kat mama. Mama tambah vogue ye sekarang.” Megat Suraya mengusik mamanya. Lantas cubitan kecil dihadiahkan oleh Datin Mawar di pipinya.
“Ehem..ehem… rindu mama aje ke?” Dato’ Megat Rashid yang memerhati sedari tadi bersuara. Kalau dua beranak itu sudah berjumpa, memang tak ingat keliling lagi dah. Sampaikan dirinya yang terpacak di situ dari tadi pun sudah bagai tidak wujud saja di mata mereka.
Megat Suraya tersengih mendengar kata-kata papanya. Lantas tubuh tua itu didakap erat bagi melepaskan rasa rindu yang sarat di dada.
“Miss u too la papa. Hehe…” Ujarnya cuba memujuk Dato’ Megat Rashid.

Megat Suraya meleraikan pelukan. Dia lantas teringat seseorang.
“Abang Danish tak ikut sekali ke pa?” Soalnya bila tidak melihat kelibat abangnya turut serta.
“Abang kamu tu kalau matahari tak menegak atas kepalanya, takdenya nak bangun kalau hujung minggu camni.” Ujar Dato’ Megat Rashid. Mengenangkan Megat Danish yang baru pulang ke rumah jam 6 pagi tadi, kesal lagi rasa hatinya.
“Tak berubah-ubah lagi ke abang tu ma?” Soal Megat Suraya kepada Datin Mawar pula.
Datin Mawar sekadar membalas dengan senyuman. Kalau nak difikirkan masalah Megat Danish, sampai bila pun tak akan selesai.
“Dah, nanti kita sambung borak kat rumah. Kita balik dulu.” Ajak Datin Mawar. Mereka bertiga melangkah keluar dari bangunan terminal itu.

**********
Tengahari itu, Datin Mawar meluangkan masa di dapur menyediakan menu untuk makan tengahari mereka sekeluarga dengan dibantu oleh orang gaji mereka, Mak Senah. Megat Suraya yang selesai mengemas pakaiannya segera turun ke ruang dapur untuk menjengok mamanya.

“Hmmmm…sedapnya bau. Mama masak ape ni?” Soalnya teruja. Bau masakan Datin Mawar yang semerbak di ruang dapur membuatkannya kecur liur.
“Ni mama masak kari kepala ikan, makanan kesukaan kamu.” Balas Datin Mawar sambil menggosok kepala Megat Suraya.
“Wah! Favourite Su. Sayang mama!” Lantas pipi wanita itu dikucup lembut.
Tersengih lebar Megat Suraya bila melihat lauk kegemarannya tengahari itu. Tidak sabar hendak menjamah air tangan mamanya. 3 tahun tidak kembali ke tanah air membuatkannya nanar merindui masakan mamanya.
“Dah, pergi tolong set meja makan. Kejap nanti kita boleh makan. Tolong panggil abang kamu kat atas tu. Dah bangun ke belum abang kamu tu.” Arah Datin Mawar.
“Baik puan!” Megat Suraya mengusik. Tangan diangkat separas dahi tanda tabik hormat.
Tertawa Datin Mawar dengan keletah anak bongsunya yang sentiasa menghiburkan hati.

Pintu bilik yang tertutup rapat diketuk kuat. Tapi tiada balasan dari dalam. Tidur mati ke ape? Dah tengahari buta macam ni tak bangun-bangun lagi. Megat Suraya membebel sambil matanya merenung daun pintu berwarna coklat itu. Ah! Bukak je lah. Baru saja tangannya hendak memulas tombol pintu, daun pintu ditarik dari dalam.

“Arghh!”
Terjerit kecil Megat Suraya dek terkejut melihat Megat Danish yang sudah terpacak di muka pintu.
“Apa jerit-jerit ni adik? Bising lah.” Pekik Megat Danish seraya menggosok telinganya yang terasa bingit dengan jeritan Megat Suraya.
Tersengih Megat Suraya mendengar Megat Danish mendengus.
“Nak ape ni? Bila sampai?” Soal Megat Danish seraya keluar dari bilik dan terus menutup daun pintu. Dia melangkah menuruni anak tangga.
“Pagi tadi la adik sampai. Yang abang tu membuta sampai ke tengahari mananya nak sedar. Mama suruh panggil ajak makan la. Ingat orang suka sangat nak pergi ketuk pintu bilik abang tu.” Megat Suraya membalas.
Megat Danish mencebik. Kepala adiknya ditolak perlahan.
“Apa ni, main tolak-tolak kepala pulak.”Marah Megat Suraya sambil menampar lengan abangnya.

Megat Danish bersiul-siul kecil sambil menuju ke ruang dapur. Wajah Megat Suraya sudah masam mencuka. Geram dipermainkan oleh Megat Danish.
“Ape bising-bising ni?” Datin Mawar yang sibuk mengatur hidangan menegur.
“Abang tu la mama, main tolak-tolak kepala orang. Ingat orang budak kecik ke ape.” Adu Megat Suraya tidak puas hati. Dijelirkan lidah ke arah Megat Danish yang sudah mentertawakannya.
“Eleh, sikit-sikit nak mengadu. Kalau dah besar, takdenye nak mengadu dengan mama lagi. So, adik masih kecik la tu.” Semakin galak Megat Danish menyakat.
Merah padam wajah Megat Suraya. “Mama, tengok la abang tu!”
“Dah, dah, jangan nak bergaduh depan rezeki. Pergi duduk. Mama nak panggil papa kejap.”

Tengahari itu mereka sekeluarga enak menjamu selera di Villa Mawar. Megat Danish juga terasa sudah lama dia tidak duduk satu meja makan bersama dengan keluarganya. Megat Suraya pula bertambah-tambah nasinya bila lauk kegemarannya ada di hadapan mata. Habis licin pinggan nasinya tengahari itu.

**********
Melantun-lantun bola tenis dek pukulan kuat dari raket kedua lelaki itu. Semakin rancak dan ligat keduanya saling berlawan memukul bola tenis. Hampir setengah jam bertarung, akhirnya kemenangan berpihak kepada Megat Danish.

“Aku masih tak dapat nak kalahkan kau la bro.” Ujar Syed Aiman yang mengambil tempat di sebelah Megat Danish. Air 100 plus di capai dan diteguk rakus.
Terdengar tawa kecil terbit dari bibir Megat Danish. “Kau tu yang kurang stamina. 2 tahun dah kau tak bertarung dengan aku kan?”
Syed Aiman tersengih lantas mengangguk.
“Eh, aku dengar Suraya dah balik. Betul ke?”
“Ha’ah, dia sampai pagi tadi.” Megat Danish kemudiannya menyimpan segala peralatan tenis ke dalam beg galasnya. “Aiman, malam nanti kau ada apa-apa plan tak?”
“Malam nanti? Rasanya takde kot. Kenapa?” Soal Syed Aiman seraya memandang ke arah Megat Danish.
“Jom lepak kat tempat biasa malam ni. We meet at 8 pm.” Megat Danish bingkas bangun dan melangkah menuju ke arah tempat parkir keretanya.
“Orait.” Syed Aiman mengangkat ibu jari kanannya tanda setuju.
Kemudian kedua lelaki itu menghilangkan diri ke dalam perut kereta masing-masing.


Malam itu Megat Danish mengenakan kemeja berkolar berwarna hitam dan jeans biru. Makin terserlah ketampanannya dengan penampilan santai sebegitu. Lantas kunci kereta di capai dan dia segera keluar menuju ke tingkat bawah Villa Mawar. Megat Suraya yang sedang mengunyah snek di hadapan tv menoleh sekilas apabila hidungnya terhidu bau harum minyak wangi yang semerbak memenuhi ruang Villa itu.

“Mak aiii, wanginya. Abang nak ke mana malam-malam ni? Keluar dating eh?” Megat Suraya mengusik ketika melihat Megat Danish berlalu menuju ke arah pintu.
Megat Danish menghentikan langkah. “Jangan nak menyibuk lah. Takde maknanya nak dating-dating.” Tukas Megat Danish menidakkan anggapan Megat Suraya.
“Habis tu, yang wangi-wangi, pakai smart-smart ni nak ke mana?” Soal Megat Suraya tidak mahu kalah.
Megat Danish mendengus geram. Penyibuk betul lah adik aku yang sorang ni. Kutuknya dalam hati.
“Adik ni banyak tanya betul lah. Abang ada hal dengan Aiman. Dah, abang pergi dulu.” Tanpa berlengah lagi Megat Danish terus keluar. Malas mahu melayan soalan dari Megat Suraya. Membuang masanya saja.

Kereta Toyota Camry putih itu terus dipecut laju membelah jalanraya menuju ke destinasi yang telah dijanjikan. Syed Aiman sudah menunggu di ruang luar Restoren Selera Melayu ketika itu. Megat Danish yang melihat ke arah Syed Aiman yang melambainya segera menghampiri. Kerusi dihadapan Syed Aiman ditarik dan dia melabuhkan duduk di situ.

“Dah lama sampai?” Soal Megat Danish sebaik saja selesai membuat pesanan.
Syed Aiman yang sedari tadi khusyuk membelek telefon bimbitnya mendongak.
“Takde la lama sangat. Aku baru sampai jugak.” Balasnya ringkas.
Seketika kemudian, makanan yang dipesan tadi sampai di meja mereka. Kedua sahabat itu menjamu selera dengan hidangan western menjadi pilihan.
**********

“Farah, boleh berhenti kat depan kedai tu jap? Aku nak beli minuman 3 in 1.” Usul Qalesya ketika matanya terpandang kedai 7 Eleven di seberang jalan. Mereka baru selesai makan malam di gerai yang berhampiran sebentar tadi.
“Okey.” Farah terus menghala ke arah kedai 7 Eleven yang dimaksudkan oleh Qalesya.
Setelah mendapat tempat parkir, kedua mereka segera mengatur langkah menghala ke arah kedai serbaneka yang dibuka 24 jam sehari itu.

Syed Aiman yang sedari tadi leka memerhati keadaan sekeliling terus memakukan pandangan apabila dia terpandang Qalesya dan Farah memasuki ke 7 Eleven yang tidak jauh dari situ. Matanya terus memerhati ke arah kedua gadis itu.
“Danish, kau tunggu kejap. Aku nak pergi sana jap.” Pinta Syed Aiman lantas dia bangun meninggalkan Megat Danish yang terpinga-pinga dengan tindakannya.
Nak ke mana pulak mamat ni tergesa-gesa. Tak menyempat-nyempat aku nak tanya, dia dah blah camtu aje. Megat Danish menghantar pandangan mengikut arah tuju Syed Aiman. Kelihatan Syed Aiman berhenti di hadapan kedai 7 Eleven.

Syed Aiman menanti kedua gadis itu keluar dari kedai 7 Eleven. Megat Danish mengerutkan dahi. Aiman tunggu siapa ye? Soal hatinya ingin tahu. Lantas dia terus memerhati gelagat Aiman dari situ. Farah menolak daun pintu kedai, diikuti Qalesya dibelakangnya.

“Hai.” Sapa Syed Aiman bila melihat kedua gadis itu tidak menyedari akan kehadirannya di situ.
Serentak keduanya berpaling. Syed Aiman melemparkan senyuman manis. Seketika matanya dilirikkan ke arah Qalesya yang manis berbaju kurung.
“Eh, encik Aiman rupanya. Beli barang jugak ke?” Soal Farah ramah.
Qalesya menundukkan sedikit kepala tanda membalas sapaan dari Syed Aiman tadi.
“Hah, tak..eh…a’ah saya nak beli barang sikit. Kebetulan saya tengah makan kat Restoran Selera Melayu kat depan tu. Kebetulan dah jumpa ni, apa kata you all join sekali dinner dengan saya?” Syed Aiman mengharap. Ini kali ketiga dia mempelawa Qalesya. Harap gadis itu tidak menolak.
“Eh, takpe la encik Aiman. Terima kasih. Saya dengan Qalesya baru aje makan tadi.” Farah bersuara.
Sedikit hampa rasa hati Syed Aiman. Tapi dia mahu mencuba lagi.
“Tak pun, duduk la minum-minum, boleh kita sembang-sembang.” Pujuk Syed Aiman lagi. Mengharap.


“Takpe la encik Aiman. Lain kali aje ye. Kami nak balik dah ni.” Qalesya pula bersuara. Dia sebenarnya sengaja tidak mahu menerima pelawaan Syed Aiman. Bukannya dia tidak nampak wajah bengis Tuan Megat di seberang sana. Takkan lelaki itu sudi nak duduk semeja dengan tukang cuci seperti dia. Lagipun dia tak nak menganggu masa kedua lelaki itu.
“Okey la kalau macam tu. Hampa lagi saya ye, kali ketiga Qalesya menolak pelawaan saya.” Ujar Syed Aiman lirih.
Farah yang mendengar bicara Syed Aiman lantas menoleh ke arah Qalesya. Inginkan jawapan segera dari gadis itu. Bila masa pulak Qalesya ada buat temujanji dengan encik Aiman ni? Amboi-amboi, diam-diam ye minah ni. Nanti kau. Gerutu Farah dalam hati.
Syed Aiman sekadar memerhati kedua gadis itu berlalu sehingga bayang mereka hilang dari pandangan. Dia kembali semula mendapatkan Megat Danish.

**********
Megat Danish yang sedari tadi menahan rasa mengetap kuat giginya. Sebab perempuan jelek tu ke Aiman ke sana? Syed Aiman yang melabuhkan duduk dihadapannya dikerling sekilas. Takkan selera Aiman ni dengan perempuan macam tu.
“Kau jumpa siapa tadi Aiman?” Sengaja Megat Danish menyoal. Pura-pura tidak tahu.
“Aku terjumpa Farah dengan Qalesya. Tu yang aku tegur dorang tadi. Aku ajak join sekali, tapi dorang menolak.”
“What?! Kau ajak budak tu duduk semeja makan kat sini? Kau ni dah gila ke ape Aiman?” Tengking Megat Danish.
Syed Aiman menjeling sekilas. Bosan dengan sikap Megat Danish yang suka memandang rendah pada orang lain.

“Apa masalah kau ni Danish? Salah ke kalau Qalesya dan Farah makan sekali dengan kau? Kenapa, kalau mereka duduk makan semeja dengan kau, terus jatuh standard kau ye?” Sinis sindiran Syed Aiman menerjah gegendang telinga Megat Danish.
Kedengaran Megat Danish mendengus. “Aku tak suka.” Ringkas tetapi tegas bunyi ayat yang keluar dari bibirnya.
“Come on la bro, jangan sebab kecewa dengan seorang perempuan, kau nak letak kesalahan dengan orang lain. Tak adil apa yang kau buat.” Luah Syed Aiman tidak berpuas hati.
“Terpulang la kau nak kata apa. Aku memang tak suka tengok muka perempuan tu. Menyusahkan aje.” Bidas Megat Danish. Tidak mahu mengalah.
**********

“Esya, kau ada rahsia apa-apa dari aku ke?” Soal Farah ketika mereka menonton tv bersama di ruang tamu. Kata-kata Syed Aiman tadi masih berlegar di kepalanya.
“Rahsia ape pulak Farah?” Soal Qalesya tidak faham.
“Eeee…yang encik Aiman cakap kali ketiga kau tolak pelawaan dia tadi.” Farah diam seketika sebelum menyambung semula bicaranya. “Pelawaan yang pertama masa kau pengsan ari tu, yang malam ni pelawaan yang ketiga, so yang keduanya tu, bila?” Desak Farah lagi ingin tahu.
Sibuk betul la mak cik ni. Qalesya sudah tersengih memandang Farah yang nampak tidak sabar menunggu penjelesan darinya.
“Esya! Yang kau dok tersengih tu kenapa? Aku nak tau jawapan kau la.” Lantas bantal kecil di sisi dibaling kea rah Qalesya.
Qalesya tergelak. Bantal yang dilempar oleh Farah disambut baik olehnya.

“Eeee tak menyempat betul lah kau ni Farah. Yela, yela. Masa kau pergi keluar daerah hari itu, encik Aiman hantar aku balik. Kebetulan masa tu aku lama dok tunggu bas kat perhentian bas seberang syarikat tuan Megat tu. Encik Aiman pulak kebetulan lalu kat situ, jadi dia tumpangkan aku balik.” Qalesya diam seketika.
Kemudian dia menyambung kembali. “Mula-mula takut jugak aku. Yelah aku tak kenal encik Aiman tu macam mana. Aku berserah aje la masa tu.”
“Bertuah jugak kau ni ye. Selama aku kenal encik Aiman tak pernah lagi dia nak baik hati tumpangkan mana-mana perempuan naik kereta dia tu tau. Kau ada apa-apa dengan dia ye?” Farah sudah mula mengusik. Jari telunjuk di gerak-gerak ke kiri dan ke kanan di hadapan Qalesya.
“Kau jangan nak merepek lah. Siapa la aku ini. Orang macam encik Aiman tu mana nak pandang. Lagipun aku anggap encik Aiman tu sama macam tuan Megat, kira bos jugak la kan.” Qalesya menyanggah prasangka Farah.
“Dah tu, dia ada pelawa kau pergi makan?”
“Masa dia hantar balik tu la dia pelawa. Tapi aku tolak. Tak berani aku. Kang tak pasal-pasal buah hati encik Aiman nampak, naya aku.”
Farah mencebik. Tapi dia perasan dengan cara Syed Aiman memandang Qalesya tadi. Pandangan yang mempunyai maksud yang tersirat.

**********
“Aiman, jom karaoke. Dah lama tak test suara ni.” Cadang Megat Danish selepas merasa lama mereka duduk di luar Restoran Selera Melayu itu.
“Cadangan yang baik. Jom. Aku pun tak sabar nak test power suara aku ni.” Sahut Syed Aiman bangga.
Kedua lelaki itu memandu kereta masing-masing menuju ke pusat karaoke yang ada di sekitar bandaraya. Setelah membayar harga lagu yang hendak dinyanyikan, keduanya terus beredar ke arah bilik yang telah dimaklumkan oleh penjaga kaunter pusat karaoke itu tadi.

“Danish!
Megat Danish menoleh apabila mendengar seseorang memanggil namanya. Syed Aiman juga turut menoleh sama.
“Sayang, lama betul tak jumpa. You buat apa kat sini?” Tergedik-gedik Tengku Monalisa dihadapan Megat Danish.
“You tak tengok ke kat sini tulis apa? Lagi you nak tanya?” Soal Megat Danish kembali. Bosan dengan tingkah wanita itu yang gemar mengekorinya.
“I nak join, boleh? Oh, by the way, sape kat sebelah you ni?” Mata Tengku Monalisa melirik nakal ke arah Syed Aiman. Wajah tampan Syed Aiman dipandang penuh minat.
“Ni Syed Aiman, best friend I.”Megat Danish memperkenalkan keduanya.
Tengku Monalisa menghulur tangan. Disambut Syed Aiman. Kemudian dia mengenyit mata ke arah jejaka itu. Terkejut Syed Aiman dengan tindakan berani gadis seksi itu. Megat Danish yang memerhati sekadar mencebik. Meluat. Bukan dia tidak tahu perangai Tengku Monalisa yang suka bertukar-tukar teman lelaki. Pantang nampak lelaki kacak, kaya, semua nak disapunya.

Ketiga-tiga mereka melangkah masuk ke bilik karaoke yang telah ditempah pada malam. Malam itu, Megat Danish menyanyi sepuas hati. Meluah rasa yang berbuku di dada. Kebanyakkan lagu yang diplilihnya semua berkenaan hati yang terluka. Syed Aiman pula sudah menunjukkan muka bosan. Menunggu giliran. Sedari tadi hanya suara Megat Danish yang memekik. Gila jiwang mamat ni. Frust menonggeng betul. Kutuknya di dalam hati. Tengku Monalisa tidak lekang dengan senyuman di hujung sana. Matanya tidak lepas dari merenung Syed Aiman sehingga lelaki itu jadi tidak menentu dan gelisah dengan renungannya yang penuh dengan godaan.

No comments:

Post a Comment